Rabu, 16 November 2011

Apa itu Reply, Mention, Retweet dan Favourite ?


Korang dah pun mengenali apa itu Twitter dalam entri yang lepas. Dalam entri yang lepas, saya menyentuh mengenai bagaimana cara nak mendaftar, ubah setting dan menambah kawan. Kali ini saya nak menyentuh mengenai 3 perkara yang penting dan harus diketahui oleh seorang pengguna Twitter. 

Kalau korang mahu memberikan respon kepada apa yang rakan korang tweet, korang boleh menggunakan butang Reply. Mudah sahaja, gerakkan kursor korang ke tweet yang korang nak reply, klik Reply, taipkan apa yang korang nak respon dan klik Tweet. 

apabila korang klik butang Reply, korang akan dapati paparan skrin ini.

Jika korang nak masukkan nama orang lain ke dalam tweet tersebut pun boleh. Caranya, korang tambah  sahaja @username (contohnya @arifradzi ) dan tulis mesej anda. Kemudian klik Tweet. Apa yang korang reply akan terpapar di wall anda. 

Okay, masuk pada bab Mention. Apa itu Mention ? Mention ni lebih kurang tweet yang menyasarkan kepada orang yang berkenaan dalam pada masa yang sama terpapar di wall anda dan dapat dibaca oleh orang lain. Contohnya kalau saya mahu berinteraksi dengan SMKSeriKenangan, saya cuma masukkan @SMKSeriKenangan dan tuliskan mesej, kemudia klik Tweet. Jika ada orang mention korang, korang hanya klik @username sebelah Timeline (contohnya @ArifRadzi , lihat printscreen di atas) dan korang boleh lihat senarai tweet yang mention kepada korang.

Retweet pula adalah satu cara menunjukkan korang suka apa yang kawan korang perkatakan. Contohnya kalau kawan korang tulis mengenai Maharaja Lawak Mega dan korang suka statement dia, korang hanya klik Retweet, satu paparan pengesahan meminta korang bersetuju, dan tweet rakan korang akan terpampang di wall dan profile korang. 



Kalau korang nak jadikan kata-kata korang ataupun rakan-rakan sebagai satu kegemaran yang tak luput, fungsi Favourite sangat membantu. Walaupun timeline korang bergerak pantas, tetapi Favourite korang tidak akan hilang dan akan kekal selagi korang tidak memadamnya. Hanya pergi ke tweet yang korang minati, klik Favourite dan tweet kegemaran korang akan disimpan di profile. 

Tutorial seterusnya akan mengkhususkan mengenai butang @username , Activity , Searches, Lists, dan hashtag dan penggunaannya. Moga tutorial kali ini membantu korang untuk menggunakan Twitter! :)

2 ulasan:

  1. terima kasih.

    saya semakin memahami si burung biru =)

    membebel saja kerjanya

    BalasPadam
  2. thank u...
    kalu x sayer pun x tahu aper ituh retweet,
    maklum lah duduk zaman batu...
    thank u yer, a simple tutorial yg senang utk difahami,...
    keep it up guys...

    BalasPadam