Jumaat, 11 November 2011

Cerita-cerita seks bentuk 3GP dalam filem

Klip 3GP


(Review ini untuk 18 tahun ke atas sahaja, sebab saya rasa filem ni untuk orang dewasa dan review ini kasar sedikit bahasanya)

Video-video 3GP mula popular sejak awal tahun 2000 lagi. Ketika itu dah banyak model-model telefon bimbit yang dah ada kamera yang boleh merakam video. Cumanya, kamera yang ada digunakan pada jalan yang salah dengan merakam video-video lucah dan seks. Kalau anda taip 3gp melayu di Google, penuh keputusan carian yang boleh anda didapati.

Filem ini lebih kurang seperti memperkenalkan apa itu 3GP dan 'fungsi'nya, sedangkan filem ini sudah amat terlewat. Dan, filem ini nampak bangang jugak.

Eddie (Zahiril Adzim) adalah seorang usahawan Internet yang berjaya mengaut keuntungan daripada video klip yang diupload oleh orang ramai. Empat video klip yang disentuh dalam filem ini adalah penemuan perkara mistik ketika mengambil gambar di stesen minyak, Maya (Mimi One Nation Emcee) yang diugut untuk disebarkan video klip seks oleh 'teman setiduran', mat skodeng yang suka mengintip perbuatan orang ramai, dan kisah Sandra yang dirogol beramai-ramai, dibunuh dan dibakar. Filem ini menceritakan keempat-empat kisah bagaimana mereka boleh terjebak dalam rakaman video klip mereka.

Berat saya nak komen filem ini, sebab banyak sangat yang saya nak komen!

Pertama, saya tak suka kredit di awal yang terlalu lama. Saya masih boleh terima kredit permulaan yang mungkin memaparkan watak-watak tersebut, sedikit sebanyak. Dua minit saya perlu tunggu filem ini bermula. Dahlah perlu tunggu dua minit, saya perlu tunggu lapan minit lagi untuk menghabiskan babak-babak awal yang menyerabutkan, kononnya babak-babak tersebut nak memperkenalkan saya dengan penonton. Saya rasa tak perlulah.

Kisah yang pertama berkenaan wanita yang menemui sesuatu lembaga semasa mereka mahu mengambil gambar. Saya nak tanya satu soalan, apa kejadahnya tiga wanita nak snap gambar di stesen minyak? Bukan ke kat KL yang awak sibuk-sibuk sangat nak pergi tu, ada banyak tempat boleh awak snap gambar dan masukkan dalam Facebook awak tu? Lagi satu, Bangla tu hanya ikut arahan suruh awak snap gambar. Jadi macam mana dari function ambil gambar boleh bertukar menjadi function rakam video sedangkan awak suruh Bangla tu tekan iPhone awak je kan? Pelik!


Kisah kedua mengenai Maya yang terperangkap dengan gigolo KL, katanya. Babak di atas adalah babak di mana Maya berjumpa dengan Sani yang mahukan 30 ribu ringgit sebagai ganti penyebaran video seksnya. Maya kacau 'air' dalam cawan tu, bunyinya macam tak ada air! Lagi satu perkara yang melucukan adalah, Maya melihat video Maya Eksekutif Terlampau di laman web tapi lepas dia klik video tu terus keluar button play Windows Media Player. Haha! Dan bagi saya, perkataan 'Terlampau' tu dah lapuk sangat dengan 3GP. Lame!

Kisah ketiga mengenai mat skodeng. Mereka rakam, dan jual pada orang yang berkenaan. Habis! Apa, habis gitu je? Yalah, habis gitu jela! Tiada perincian apa-apa, rakam dalam toilet perempuan sedang buang air, jumpa apek entah mana, serah pendrive, serah duit, jalan. Ya Allah, pendeknya...


Kisah keempat mengenai Sandra yang dirogol oleh abangnya sendiri dan kawan-kawannya. Lelaki yang menjadi kekasih Sandra berlakon sangat kayu, dan nampak kekayuannya. Babak di atas adalah semasa lelaki ini nak mengusha Sandra. Perhatikan bahagian kotak warna merah, kata merakam tapi dia tak tekan pun button bulat merah tu. Apa ke sengal? Nak tipu aku? Aku pakai Nokia jugak la brader!

Lelaki yang merakam adegan rogol Sandra sangat annoying. Rasa macam nak sepak. Mayat lelaki dan Sandra pada babak mereka dibakar pun nampak sangat dibalut dengan bantal. Masa dipikulnya mayat-mayat  tu nampak sangat kelakar sebab kau hanya pikul bantal!

Terimalah hakikat, filem ini menjual babak-babak seks lebih daripada yang lain. Kisah tiga perempuan yang berjumpa dengan hantu tidak diperincikan dengan jelas. Filem ini lebih menumpukan perhatian kepada adegan-adegan yang membuatkan filem ini 'boleh jual', seperti babak Maya merengek manja dan raungan kesakitan Sandra.

Satu saja saya puji. Mimi O.N.E berlakon psiko sangat menjadi. Mungkin Mimi lebih sesuai berlakon watak-watak yang bermain dengan emosi-emosi begitu. Zahiril, bagi saya tak berapa sesuai berlakon watak antagonis. Wajah dia terlalu baik untuk watak terlalu jahat, kejam dan tamak. Tak masuk, tak feel.

Saya beri 2 bintang sahaja untuk filem ini. Cukuplah saya review yang ni, boleh kena tekanan darah tinggi kalau diulang lagi!

That Movie Blogger Fella memberikan satu bintang bagi filem ini, klik di sini untuk membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan